Profil Syarikat

Clickers Printing & Trading (002370383-W) ditubuhkan oleh siswazah perantis daripada Program Siswazah Perantis Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sebagai syarikat industri kecil dan sederhana.

Syarikat ini mula diasaskan pada tahun 2009 menjalankan perniagaan membekal T-shirt, bendera, uniform, cenderahati dan hadiah dan kelengkapan pameran. Kami juga menjalankan servis percetakan silkscreen.

Kami sentiasa menjaga prosedur kerja, kualiti, masa dan harga yang berpatutan untuk pelanggan. Kami merupakan pembekal dari pelbagai jenama yang berdaftar dan bertauliah untuk mengedar pelbagai jenama pakaian, cenderahati dan hadiah.

Kami beroperasi di Pandan Indah, Kuala Lumpur yang terkenal dengan kawasan dalam lingkungan perindustrian pakaian dan cenderahati. Dengan pengalaman, kemahiran tinggi, pengetahuan yang banyak dalam industri ini kami berjaya meyakinkan dan memuaskan hati pelanggan-pelanggan kami yang telah berurusniaga dengan kami.

Kami berharap syarikat kami akan lebih berkembang maju dan mampu menjadi antara syarikat yang berjaya di Malaysia dan Asia.